Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Dasar PAS’ Category

nikaziz2.jpg

PERTAMANYA, saya wajar mengucapkan terima kasih di atas pelawaan Menteri Penerangan menjemput saya ke Debat Perdana. Beliau menjemput saya kerana Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Kelantan telah terlebih dahulu menyatakan kesediaan untuk berdepan dengan saya. Itu pun di atas tajuk RMK9. Ertinya, jika dalam ‘survey’ awal itu, katakan Annuar Musa enggan, tentu Dato’ Zainudin tidak akan menghulur turun tangga jemputan agar saya naik ke Angkasapuri untuk bersama menyelami rahsia RMK9.

Persoalan kedua, apa sangatlah yang rahsianya mengenai RMK9. Ia adalah penerusan RMK8, RMK7 dan RMK6. Ia cerita memperuntukkan sejumlah wang lima tahun sebuah Rancangan Pembangunan Malaysia. Ini soal rutin. Pergilah ke mana-mana negara sekalipun. Ia normal. Sejak saya menjejakkan kaki saya di parlimen di tahun 1967, saya sudah tahu apa itu Rancangan Lima Tahun . Ketika itu, saya tak tahulah orang yang nak di suakan kepada saya itu sedang berada di mana.

Ketiga, mana ada rancangan pembangunan lima tahun mana-mana negara yang tidak ada pernyataan visi, misi, angka-angka peruntukan dan pasukan pelaksana dalam satu rangka peralihan paradigma berikutan dengan berlakunya perubahan masa, waqi’ dan suasana? Paradigma itu pula akan menetap dan mendefinisi sempadan dan menentukan bagaimana jentera kerajaan serta rakyat harus bertindak untuk berjaya (how to behave inside the prescribed boundaries) dalam sebuah rancangan Lima Tahun itu. Itu saja. Selebihnya ialah soal pemantauan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan.

Di tengah-tengah tempoh pelaksanaan itulah pula ghalibnya, rakyat akan di sumbat dengan leteran-leteran pemimpin yang bercakap besar. Kemudian, di hujung pelaksanaan Rancangan-Rancangan Malaysia itu pulalah, kita lazimnya akan dikejutkanlah dengan angka-angka kegagalan. Pemimpin Umno pun mulalah buat-buat menunjukkan muka prihatinnya yang kononnya sangat terkejut, berkedut dan berkerut. Lalu, dibuatlah pula kajian separuh penggal untuk nantinya dijadikan ulam rangup dalam Perhimpunan Agung Umno.

Buat-buat bising sikit. Tunjuk-tunjuk keris sikit. Laung kuat-kuat sikit, sumpah keramat “takkan Melayu hilang di dunia”. Minum-minum. Ketawa-ketawa. Berdamai semula Pemuda, Puteri dan Wanita. Bersalaman. Kemudian, balik lipat-lipat selendang dan ulang kerja yang sama. “Tender ini, kita nak bagi pada sapa. Dia orang kita atau bukan orang kita”. Umnoputra lagilah. Di tahun 2020 nanti, kita akan masih di sini lagilah!

Pada saya, berdebat atas perkara cabang tidak akan membawa kita ke mana-mana. Pada saya, RMK9 adalah perkara cabang. Ia ranting dan bukan pokok kepada ranting. Lihat saja kandungan persoalan yang di bawa oleh Nabi Ibrahim ‘alaihissalam misalnya. Pertanyaan Ibrahim berbunyi, “apa yang tuan-tuan sembah?” Ibrahim tidak menyertai Namrud, bahkan tidak dijemput pun dalam debat tentang bagaimana nak membangun dan berebut-rebut harta karun ketika berjuang?

Pada saya, masalah Malaysia ialah masalah yang lebih besar. Ia adalah masalah akidah dan keimanan yang lebih tunjang. Malaysia beriman dengan apa dan bertuhankan siapa? Ini perkara pokok yang tiada kompromi. Ia perlu dimuzakarahkan dan diceramahkan segera.

Kelirukan persoalan pokok inilah yang membawa Malaysia meraih malapetaka demi malapetaka di sepanjang Rancangan Rancangan Lima Tahunnya.Sudah hampir 45 tahun begitu dan malangnya kita sekali lagi digesa untuk menyertai debat di atas tajuk yang sama. Kesan akhirnya, kita boleh lihat. Itu-itulah juga. SERUPA. Bahkan semakin menjunam.

Jika ikut bahasa orang korporat ia di sebut, “the bottom line is still the same.” SAMA. Malaysia yang serba ketinggalan. DEB yang kegagalan. Ekuiti Melayu yang sangat mendukacitakan. Pengangguran melibatkan puluhan ribu graduan. Wang PPRT yang lesap dibaham. Minyak naik pagi dan petang. Inflasi merata di pekan dan bendang. Ada sejuta penagih dadah yang majoritinya anak Melayu dari kumpulan marhean dan elit bangsawan.

Demikian juga dengan seriusnya pengidap AIDS sehingga terpaksa diedar percuma kondom dan jarum. Sumbang mahram. Dakwaan usus babi di dalam sosej. Fenomena zina yang kronik dan gaya hidup gay yang berkembang. Gejala murtad yang mengorbankan hampir 250 ribu anak-anak orang Islam. Buang anak di merata-rata. Negara di isytiharkan Islam tetapi pelaksanaan hukum hudud ditolak. Bahkan, disaman oleh siapa lagi jika tidak oleh pemimpin Umno yang sangat kemelayuan. Dedah. Rasuah dan belasah. Senarai kegagalan negara di bawah teraju Umno tidaklah terbilang !

Pendek kata begini sajalah. Saya akan sanggup berceramah secara bersama di pentas yang sama dengan Presiden Umno, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi atau Zainudin Maidin atau Annuar Musa atau sesiapa saja; baik di rumah mereka atau di rumah saya atau di rumah orang. Jika perlu di padang sekalipun, maka sila tetapkan di mana-mana padang. Saya sangat bersetuju jika ia di siarkan “live” oleh RTM. Jangan ada potong-memotong. Kita berkeris secara gentlemen.

Saya tidak boleh bersetuju dengan debat yang ada pengerusi. Lebih-lebih lagilah jenis pengerusi yang sama-sama dapat kita saksikan sekarang dalam Rancangan-Rancangan Debat Perdana. Tuan-tuan lebih arif maksud saya ini.

Saya dengan ini telah menyatakan kesediaan saya untuk berceramah di atas tajuk “Dasar dan Akidah Sesebuah Negara”. Sekarang, saya telah nyatakan hujah dan rasional saya. Sekarang, bola sudah kembali ke kaki Sdr Zainudin. Saya sedang berdiri di atas padang mulai sekarang. Sila hantarkan surat jemputan

PENDIRIAN TUAN GURU NIK AZIZ

Read Full Post »

kelantan.jpg

Wajib bagi setiap muslim kelantan yang beriman untuk mengekalkan Kelantan di bawah kerajaan yang ada sekarang. Tidak ada alasan untuk rakyat kelantan untuk menolak kepimpinan Tuan Guru dan Saf pimpinan yang lain untuk menerajui negeri Serambi Mekah ini. Dasar yang berperlembagaankan Al-Quran dan Hadith adalah sesuatu yang wajib dipertahankan oleh setiap muslim yang beriman kepada Allah dan Rasul. Menolak dan membelakangnya adalah dikira suatu dosa  oleh Allah SWT.

Pihak kerajaan Pusat sering menuduh Kerajaan PAS Kelantan mentafsir ajaran Islam yang tidak betul dan terpesong. Adakah apa yang dipraktikkan di kelantan sekarang ini adalah suatu yang menyeleweng dari Islam ataupun Kerajaan Pusat sendiri yang memerintah tidak berdasarkan Al-Quran dan Hadith. Berleluasanya maksiat dan keruntuhan akhlak masyarakat disebabkan sistem pemerintahan yang menolak Islam dan menerimapakai sistem barat, mengimport hiburan-hiburan yahudi lalu dihidangkan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Tepuk dada, tanya iman masing-masing…..jangan cemarkan tangan anda yang mengangkat syahadah ketika tasyahud dengan memangkah Parti yang menolak Islam, parti yang menaja, memberi lesen untuk aktiviti maksiat siang dan malam, parti yang memberi lesen kepada pusat-pusat judi…..kelak nanti kita akan dipersoalkan siapa yang kita pilih untuk memimpin kita.

Tidak timbul soal mengeluarkan hukum baru yang mengundi PAS adalah WAJIB, tetapi hukum Wajib itu tertakluk kepada siapa yang cuba melaksana peraturan Allah itu. Kalau UMNO atau BN yang melaksanakan syariat Allah, maka kewajipan itu beralih pula pada mereka. Begitulah sebaliknya, kalau PAS yang dasar asalnya Islam tetapi menyeleweng, mengubah dasarnya kepada sekular dan liberal, tidak mengambil kira halal dan haram, maka ketaatan dan kewajipan menyokong dan mengundinya adalah Haram.

Yang jelas di hadapan mata kita dan jelas disisi pendengaran kita sekarang ialah pihak yang membelakangkan Hukum Syarak dalam soal pemerintahan adalah UMNO, mereka tidak pernah kisah dengan soal riba dalam sistem ekonomi negara, mereka tidak pernah kisah dengan Hukum Jinayah Islam (Hudud, Qisas) dalam sistem perundangan negara, mereka tidak pernah kisah dengan soal hiburan dan kebudayaan, adakah ia Halal atau Haram mengikut Islam. Apa yang dilaksanakan semuanya berkiblatkan Sistem Sekular Barat dan membelakangkan Sistem ISlam yang ternyata lebih baik dan syumul.

Maka, apakah sebagai seorang yang mengaku Muslim, mengangkat Kelompok yang membelakangkan Islam adalah sesuatu yang Halal dan diredhai Allah ?

Read Full Post »

nikaziz.jpg

Syariat yang kami laksanakan

  • Tidak mengeluarkan lesen premis untuk kegiatan perjudian dan tempat-tempat yang menjadi punca maksiat.
  • Tidak dibenarkan dibuka kelab malam
  • Menghapus kegiatan pelacuran
  • Menggalak dan menguatkuasakan etika pakaian Islam (menutup aurat) dan menjadi syarat pengeluaran lesen premis oleh pihak berkuasa tempatan.
  • Pengawalan kedai gunting – elak wanita menggunting lelaki.
  • Menyusun semula penjualan arak mulai 1 Jualai 1993 semua jenis arak tidak dibenarkan lagi diminum ditempat awam, termasuk hotel-hotel, restoren-restoren atau pun kedai-kedai makan. Namun begitu orang bukan Islam boleh minum di rumah-rumah kediaman mereka atau pun tempat-tempat yang bukan tempat awam.
  • Tidak mengeluarkan lesen premis kepada pusat hiburan  seperti pub, disko dan pusat karaoke.
  • Memperbanyakkan papan tanda berunsur dakwah.
  • Melarang papan tanda (iklan) yang memperaga wanita dan bercanggah dengan Islam
  • Meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 11 (1993)
  • Meluluskan Dasar Kebudayaan Negeri berterapkan perinsip Islam 1998.
  • Meluluskan Enakmen Kawalan Hiburan Negeri 1998 yang mengutamakan nilai-nilai keislaman. Walau pun begitu sebarang hiburan atau kebudayaan yang tidak bercanggah dengan Islam dibenarkan.
  • Meluluskan Dasar Pelancongan Negeri berprinsipkan Islam.

Read Full Post »