Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Kelantan’ Category

bos2.jpg

bos3.jpg

Alhamdulillah, selain web Dato Haji Husam Musa yang boleh dilawati di husammusa.com , kita juga boleh mendapatkan info terkini tentang YB Dato’ Haji Takiyuddin Haji Hassan, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan, selaku ADUN Bunut Payung, juga salah seorang Exco Kerajaan Negeri iaitu Exco Perumahan, Kesihatan dan Kerajaan Tempatan. Beliau juga merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang baru dilantik baru-baru ini.

Blog beliau boleh dilawati di

Takiyuddinhassan.blogspot.com

Read Full Post »

Persidangan Dewan Kali Yang Ke 3 (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Yang Ke-4 Dewan Negeri Kelantan Yang Ke 11 telah bermula pada 19 November 2007 sehingga 27 November 2007.

Berikut ialah petikan ucapan YB Ustaz Nassuruddin Haji Daud setelah sekian lama beliau tidak mengambil bahagian dalam perbahasan sidang DUN setelah dilantik sebagai Timbalan Speaker. Dewan hari ini kembali hangat dengan hujah-hujah beliau.

Read Full Post »

kelantan.jpg

Wajib bagi setiap muslim kelantan yang beriman untuk mengekalkan Kelantan di bawah kerajaan yang ada sekarang. Tidak ada alasan untuk rakyat kelantan untuk menolak kepimpinan Tuan Guru dan Saf pimpinan yang lain untuk menerajui negeri Serambi Mekah ini. Dasar yang berperlembagaankan Al-Quran dan Hadith adalah sesuatu yang wajib dipertahankan oleh setiap muslim yang beriman kepada Allah dan Rasul. Menolak dan membelakangnya adalah dikira suatu dosa  oleh Allah SWT.

Pihak kerajaan Pusat sering menuduh Kerajaan PAS Kelantan mentafsir ajaran Islam yang tidak betul dan terpesong. Adakah apa yang dipraktikkan di kelantan sekarang ini adalah suatu yang menyeleweng dari Islam ataupun Kerajaan Pusat sendiri yang memerintah tidak berdasarkan Al-Quran dan Hadith. Berleluasanya maksiat dan keruntuhan akhlak masyarakat disebabkan sistem pemerintahan yang menolak Islam dan menerimapakai sistem barat, mengimport hiburan-hiburan yahudi lalu dihidangkan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Tepuk dada, tanya iman masing-masing…..jangan cemarkan tangan anda yang mengangkat syahadah ketika tasyahud dengan memangkah Parti yang menolak Islam, parti yang menaja, memberi lesen untuk aktiviti maksiat siang dan malam, parti yang memberi lesen kepada pusat-pusat judi…..kelak nanti kita akan dipersoalkan siapa yang kita pilih untuk memimpin kita.

Tidak timbul soal mengeluarkan hukum baru yang mengundi PAS adalah WAJIB, tetapi hukum Wajib itu tertakluk kepada siapa yang cuba melaksana peraturan Allah itu. Kalau UMNO atau BN yang melaksanakan syariat Allah, maka kewajipan itu beralih pula pada mereka. Begitulah sebaliknya, kalau PAS yang dasar asalnya Islam tetapi menyeleweng, mengubah dasarnya kepada sekular dan liberal, tidak mengambil kira halal dan haram, maka ketaatan dan kewajipan menyokong dan mengundinya adalah Haram.

Yang jelas di hadapan mata kita dan jelas disisi pendengaran kita sekarang ialah pihak yang membelakangkan Hukum Syarak dalam soal pemerintahan adalah UMNO, mereka tidak pernah kisah dengan soal riba dalam sistem ekonomi negara, mereka tidak pernah kisah dengan Hukum Jinayah Islam (Hudud, Qisas) dalam sistem perundangan negara, mereka tidak pernah kisah dengan soal hiburan dan kebudayaan, adakah ia Halal atau Haram mengikut Islam. Apa yang dilaksanakan semuanya berkiblatkan Sistem Sekular Barat dan membelakangkan Sistem ISlam yang ternyata lebih baik dan syumul.

Maka, apakah sebagai seorang yang mengaku Muslim, mengangkat Kelompok yang membelakangkan Islam adalah sesuatu yang Halal dan diredhai Allah ?

Read Full Post »

nikaziz.jpg

Syariat yang kami laksanakan

  • Tidak mengeluarkan lesen premis untuk kegiatan perjudian dan tempat-tempat yang menjadi punca maksiat.
  • Tidak dibenarkan dibuka kelab malam
  • Menghapus kegiatan pelacuran
  • Menggalak dan menguatkuasakan etika pakaian Islam (menutup aurat) dan menjadi syarat pengeluaran lesen premis oleh pihak berkuasa tempatan.
  • Pengawalan kedai gunting – elak wanita menggunting lelaki.
  • Menyusun semula penjualan arak mulai 1 Jualai 1993 semua jenis arak tidak dibenarkan lagi diminum ditempat awam, termasuk hotel-hotel, restoren-restoren atau pun kedai-kedai makan. Namun begitu orang bukan Islam boleh minum di rumah-rumah kediaman mereka atau pun tempat-tempat yang bukan tempat awam.
  • Tidak mengeluarkan lesen premis kepada pusat hiburan  seperti pub, disko dan pusat karaoke.
  • Memperbanyakkan papan tanda berunsur dakwah.
  • Melarang papan tanda (iklan) yang memperaga wanita dan bercanggah dengan Islam
  • Meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 11 (1993)
  • Meluluskan Dasar Kebudayaan Negeri berterapkan perinsip Islam 1998.
  • Meluluskan Enakmen Kawalan Hiburan Negeri 1998 yang mengutamakan nilai-nilai keislaman. Walau pun begitu sebarang hiburan atau kebudayaan yang tidak bercanggah dengan Islam dibenarkan.
  • Meluluskan Dasar Pelancongan Negeri berprinsipkan Islam.

Read Full Post »

mursyid_am1.jpg

Bukti kami ( PAS ) Melaksanakan Islam di Kelantan

Dalam konteks Negeri Kelantan, kami mempunyai cukup banyak bukti kesungguhan kami menentang kerja-kerja yang boleh mendatangkan dosa. Antara lainnya, sejak mula diberikan amanah pada tahun 1990, Kerajaan Negeri memerintahkan agar akaun simpanan dari bank-bank konvensional milik kerajaan dipindahkan ke Bank Islam.

Kami mengawal premis penjualan dan penggunaan minuman keras. Kami haramkan judi. Kami menggalakkan wanita menutup aurat. Kami mempelopori sistem pajak gadai Islam (Ar-Rahn). Kami mengawal pertunjukan hiburan melalui Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat hiburan 1998. Kami kawal dan ubahsuai pertunjukan wayang kulit.

Kami mewajibkan penyediaan 3 bilik sekurang-kurang untuk semua projek perumahan awam kos rendah. Kami meluluskan enakmen hudud dalam Dewan Undangan Negeri sejak tahun 1992 lagi dan cuba melaksanakan hukum hudud dan qisas walaupun sehingga kini masih tidak dapat dilaksanakan kerana dihalang oleh pihak Umno yang menguasai kerajaan Pusat.

Ini semua adalah usaha-usaha pro aktif dan pre emptif. Kelantan sedar akan bala yang boleh dilancarkan oleh Allah SWT pada bila-bila masa jika mana-mana pihak berkuasa terus berbuat dosa, menaja dosa dan maksiat.

Di petik dari buku ” Pendirian Tok Guru “

 

Read Full Post »