Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘Kelantan’

mursyid_am1.jpg

Bukti kami ( PAS ) Melaksanakan Islam di Kelantan

Dalam konteks Negeri Kelantan, kami mempunyai cukup banyak bukti kesungguhan kami menentang kerja-kerja yang boleh mendatangkan dosa. Antara lainnya, sejak mula diberikan amanah pada tahun 1990, Kerajaan Negeri memerintahkan agar akaun simpanan dari bank-bank konvensional milik kerajaan dipindahkan ke Bank Islam.

Kami mengawal premis penjualan dan penggunaan minuman keras. Kami haramkan judi. Kami menggalakkan wanita menutup aurat. Kami mempelopori sistem pajak gadai Islam (Ar-Rahn). Kami mengawal pertunjukan hiburan melalui Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat hiburan 1998. Kami kawal dan ubahsuai pertunjukan wayang kulit.

Kami mewajibkan penyediaan 3 bilik sekurang-kurang untuk semua projek perumahan awam kos rendah. Kami meluluskan enakmen hudud dalam Dewan Undangan Negeri sejak tahun 1992 lagi dan cuba melaksanakan hukum hudud dan qisas walaupun sehingga kini masih tidak dapat dilaksanakan kerana dihalang oleh pihak Umno yang menguasai kerajaan Pusat.

Ini semua adalah usaha-usaha pro aktif dan pre emptif. Kelantan sedar akan bala yang boleh dilancarkan oleh Allah SWT pada bila-bila masa jika mana-mana pihak berkuasa terus berbuat dosa, menaja dosa dan maksiat.

Di petik dari buku ” Pendirian Tok Guru “

 

Read Full Post »